Tuesday 3 June 2014

PEJABAT DAERAH KUALA TERENGGANU JADI JABATAN ANGKAT BAGI ACARA BOLING PADANG SUKMA PERLIS

Pejabat Daerah Kuala Terengganu dilantik sebagai "Jabatan Angkat" bagi acara Boling Padang SUKMA Perlis. Acara Boling Padang telah menyumbang Pingat Emas untuk Terengganu. TAHNIAH diucapkan kepada Atlet Boling Padang Terengganu dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.



WEB RASMI TERENGGANU

Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut.

PROGRAM PESTA PANTAI PADANG KEMUNTING DI PANTAI REST HOUSE, PENGKALAN ATAP, BATU RAKIT 2014 ( 30 Mei - 5 Jun )


Pesta Pantai yang dianjurkan oleh penduduk Kg. Padang Kemunting diadakan di Pantai Rest House, Pengkalan Atap, Batu Rakit. Majlis perasmian dilakukan oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Mohd Jidin Shafee manakala pada mala mini akan diadakan majlis penutup yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh.
 Pengerusi program itu, Kamal Zakaria berkata tujuan utama diadakan pesta pantai itu ialah bagi meneruskan tradisi nenek moyang Kampung Padang Kemunting yang bermalam di tepi pantai selama beberapa hari selepas musim menuai. Ini adalah program tradisi dan ianya diadakan bertujuan untuk terus menghidupkan tradisi lama supaya generasi hari ini dan akan datang dapat dapat melihatnya.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk selepas masing-masing sibuk dengan pekerjaan,” katanya yang mengharapkan sambutan yang lebih besar akan diadakan pada tahun depan.Antara aktiviti yang diadakan sempena program pesta pantai itu ialah persembahan kebudayaan, pemiran, gerai jualan, program Polis bersama rakyat dan sukaneka.








 



PERASMIAN PROGRAM AEROANGKASA DAN PERTANDINGAN WAU TERBUKA 2014 ( 31 Mei 2014 )

Program Aeroangkasa dan pertandingan wau terbuka ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. program ini diadakan di Padang SMK Manir.

PEMUKIMAN PENGHULU TERENGGANU DI NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH ( 29 MEI - 1 JUN 2014 )

Program Pemukiman Penghulu yang julung kali diadakan di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah mencapai matlamatnya di mana berjaya mengumpulkan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia di bawah satu kesatuan iaitu Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM). Seramai 10 orang Penghulu dari Daerah Kuala Terengganu menyertai program pemukiman berkenaan.